Salam n hai...
Sihat-sihatkah semua???
Sekarang nie semua urusan dihujung jari
sampai urusan permohonan kahwin boleh dibuat secara online
kalau negeri perak boleh melayari nikahonline
boleh buat permohonan & semak status permohonan
tak perlu kejar mase nak pergi pejabat agama ambil borang dah
PERATURAN AM
- Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah.
- Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin minimum tiga (3) bulan di dalam negeri Perak atau beralamat Perak di dalam kad pengenalan.
- Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :-
TATACARA PERMOHONAN
- Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap.
- Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
- Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan Penolong Pendaftar tempat anda bermastautin di dalam borang yang dicetak.
- Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon kepada Pejabat Agama Daerah berkaitan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut
- Satu salinan kad pengenalan atau passport pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika bukan warganegara Malaysia.
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan dan satu salinan.
- Surat Akuan Status Diri daripada Majikan bagi yang ada majikan / Ketua Kampung dan Pegawai Masjid - kepada yang bekerja sendiri atau tidak bekerja
- Borang Ujian Saringan HIV.
- Surat Perakuan Perceraian asal dan satu salinan jika pemohon duda atau janda.
- Salinan kenyataan memeluk Islam jika pemohon memeluk Islam.
- Kelulusan daripada KAGAT/PDRM jika pemohon adalah anggota tentera/Polis.
- Borang wakalah wali jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah.
- Salinan Sijil Kematian jika pasangan atau wali (bapa) meninggal dunia.
- Surat pengesahan pemastautinan pemohon.
- Surat kelulusan berkahwin daripada kedutaan dan Jabatan Imigresen bagi pemohon bukan warganegara
nak tahu lebih lanjut klik sini
OK Sekian