Monday 30 January 2012

Persiapan

Salam n hai 

 Penat sungguh membuat persiapan perkahwinan 
cuti seminggu ke hulu ke hilir saya bergerak membuat persiapan 
kejap ke Sungai Petani kejap ke Penang kejap ke Ipoh
 Penat sangat tapi saya sangat berpuas hati sbb banyak jugak perkara yang dah setel 
selama saya bercuti seminggu sempena Tahun Baru Cina

 Tarikh majlis sudah ditetapkan setelah keluarga F datang berbincang bersama family saya 
Theme color majlis saya nanti sudah ditetapkan
Tempahan pelamin meja makan pengantin sudah dibuat 
Tempahan baju sanding saya dan F sudah dibuat
 Kain untuk baju akad nikah sudah dibeli 
Tempahan pinggan mangkuk kawah dsb telah dibuat (sbb kenduri saya dibuat secara gotong-royong) 
Saya juga sudah membeli sedikit barang2 untuk deko bilik saya nanti
 Barang kemas untuk batal air sembahyang semasa akad nikah sudah dibeli 

 saya sangat berpuas hati kerana banyak juga perkara penting yang telah selesai 
Tapi saya masih tak senang duduk... stress jugak... huhu 
Mybe akan berlarutan sehingga majlis selesai... hehe

pelamin saya ala ala gambar di bawah nie...
carian google

nie pulak cth design pelamin di rumah F nanti 
carian google

design baju sanding saya seakan-akan gambar dibawah
carian google


amacam ok tak???
harap harap semuanya ok
sangat risau

ok TQ

Monday 23 January 2012

Perihal Kain...

Salam...
kaklong abglong pakcik makcik adik2 (mcm ramai org nk baca).. hehe
sihat ke??

Semalam berteman F (tunang saya) saya gerak ke Sungai Petani...
kami cadang nak cari barang keperluan kawin sket sket...
nak cari LACE untuk baju akad nikah...
lining nya dah ada....
cadangnya nak cari kat NAGOYA ke KAMDAR ke...
ingat nak cari yang murah murah aje... 

Mula pegi TESCO sbb F nak tengok camera...
masa nak gi tu terpandang GULATIS SILK HOUSE..
F ckp tak payah la mahal..
saya cakap kt gi tengok jer...

Disebabkan saya tak tahan GODAAN... hehe
terbeli jugak kain kat situ...
Melayanglah 5 ratus hinggit...
campor sampin dekat2 seribu... huhu...
konon konon nak ambik yang murah last last abis...
saya sangat tak tahan dengan godaan bila pegi shopping...
hehe..

sape sape yang tengah cari kain untuk baju tunang ke nikah ke p serbu gulatis cepat...
ada potongan banyak sekarang nie...
tapi tahan NAFSU yea... kalau idak lari bajet...
hehe...

sekian

Wednesday 18 January 2012

Pelamin Pilihan

Salam n hai...

hari nie saya godek godek mencari pelamin yang superb....
sekarang macam-macam fesyen pelamin yang ada...
nak yang simple.. penuh bunga.. penuh warna warni.. penuh bling2..
macam-macam ada..
rambang mata tengok...

tapi sebagai bakal pengantin kita harus bijak menilai yang mana sesuai dengan kita...
bergantung kepada kemampuan...
bergantung kepada tempat majlis sama ada dewan, rumah dll....

meh sama-sama tengok..
ada tiga sumber yang saya kesan iaitu 
Rizz Bridal
Ari Wedding Couture
Arma Abdul Rahman













amacam???
kalau nak tengok lain-lain hasil superb mereka terjahlah blog mereka...
Mereka juga banyak terlibat dengan perkahwinan artis2 macam 
alyana, yasmin hani, farah af2 dll...

...SEKIAN...
TQ

Tuesday 17 January 2012

Checklist Persiapan Perkahwinan...

salam...

Perancangan yang baik penting supaya majlis perkahwinan berjalan lancar...
Sebaiknya sediakan senarai semak untuk memudahkan kita... 
mari tengok senarai semak yang dibuat oleh bakalpengantin.com


12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu



5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa



2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan



SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung


Sebenarnya banyak lagi contoh yang kita boleh jumpa...
Rajin-rajin lah search...
Tak perlu kita ambil bulat-bulat sebagai rujukan...
ambil lah yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan kita....
Saya suka baca blog seorang x-b2b nie...
Perancangannya sangat mengkagumkan iaitu
saudari Xora di (sini)


Sekian...
TQ

Monday 16 January 2012

Pencarian design baju kawen...

Salam...

kali nie entri saya tentang design baju sanding...
Saya suke design yang simple ajer...
Ala-ala gaun gitu...
Supaya saya nampak kurus tinggi n selim melim...
Tak sukalah baju yang bling-bling n penuh ngan kerawang...
serabut weiii... hehe
Meh tengok hasil godek-godek saya dengan bantuan Mr. Google...


sumber : drenjis


sumber : drenjis


sumber : ariweddingcouture


sumber : ariweddingcouture








sumber : farizmuhazir


sumber : farizmuhazir
saya suka butang yang sangat banyak itu....
juga bentuk potongan leher...
So nanti boleh masukkan tudung dalam baju..
nampak kemas ajer...


amacam? tertarik tak?
angan-angan dulu...
ntah dapat ntah tidak tu belakang kira... kannn...

Sekian...

TQ

Sunday 15 January 2012

i Love Emerald Green....

Salam....

Masih tentang Wedding Theme Color seperti pos sebelum ini...  Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu warna yang agak menarik... warna nie jarang digunakan di mana-mana 
majlis yang pernah saya hadiri...
kebanyakkan mempelai lebih gemar memilih warna hijau epal... tetapi bagi saya color
 emerald green lebih menarik...

mari sama-sama tengok hasil google saya.... Warna ini digunakan oleh dua artis terkenal iaitu Elyana dan Jimmy Shanly...




sumber : beautifulnara

sumber : beautifulnara

saya sangat suka... 
dan tersangatlah suka jika dipadankan dengan hand bouquet rose merah.... 
menyerlah you... hehe


sumber : kerjakawin


ok sekian dulu...


Thank You...

Saturday 14 January 2012

2012 Wedding Color trends

Sekarang sudah masuk pertengahan Januari... Saya perlu memulakan langkah sekarang... Masa begitu pantas berlalu... Saya masih terkial-kial mencari color untuk wedding saya nanti... Insyallah akan berlangsung pada 2 Jun 2012...


Apakah color yang akan menjadi trend untuk tahun 2012???
Jom tengokkk...Semua gambar adalah hasil google images....





sumber google

1: Red and Lime



2: Coral and Grey



3: Hot Pink




4: Brown + pink



5: Tiffany Blue with Pale Aqua



6: Shades of Orange




7: Black


semuanya cantik-cantik... masih memikir color theme saya...
ok selamat berinspirasi.....


Thank You.....

SAYA PUNYA BLOG DAH LA , BEN ASHAARI !


Helloooooooooo.....
Segmen utk new blogger oleh incik Ben... nampaknya incik Ben kita sangat prihatin dengan new blogger... banyak segmen akhir-akhir nie untuk memperkenalkan new blogger macam saya...
THANK YOU BEN ASHAARI

Saya buat blog sebab.....

  • nak tambah kenalan... 
  • nak kongsi pengalaman....
  • nak berkongsi idea...
  • sajer suke-suke...
  • nak manfaatkan duet bulan-bulan bayar bil streamyx....
  • nak ngorat encik Ben... hehehe... OK TIPU....

New Blogger yang saya kenal... emmm ntah la... nak cari lah nie.... 


Thank You...


Saturday 7 January 2012

Penting Untuk KAUM HAWA



Doa Khusus Elak Dirogol Dan Dicabul


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.


Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah, iaitu :-


DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM


Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM


Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.


Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


SUMBER : http://mynewshub.my