Thursday, 5 April 2012

Betul ker? Arghhhhh tidakkkkkk....

Salam n Hai 

Lame sugguh tak update blog nie...
naik lalang sudah.. huhu 
busy memanjang dengan kursus dgn aktiviti kat sekolah...
 kalau cakap bab keje sampai bila pun tak habis..
betul takk???

 majlis dah dekat..
dah terase dup dap dup dap...
(macam dengar lagu dangdut lak.. hehe) 
tp hantaran tak sentuh lagi... 
barang banyak tak beli lagi...
 aduhai stress sungguh...
 tinggal bape hari jer lagi...
 rase macam nak jer hentikan masa..

PROBLEM paling besar nyer adalah 
  dengar plak khabar angin... 
PILIHAN RAYA sama ngan majlis saya... 
2/3 JUN 2012???? betul ke???? 
kalau lah betul adoiii... masalah...


Harap sangat itu cuma khabar angin... 
janganlah same pulak.. 
bertambah stress saya bila ada dengar ramai pasangan yang percepatkan majlis disebabkan khabar angin nie.. 
betul ke??? 


 Ya ALLAH YA TUHANKU KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBAMU INI... AMINNN.. 


 SEKIAN TQ

Monday, 5 March 2012

Honeymoon di mana?

Salam n Hai... 

Lame sudah tak post entry... 
Saya sangat malas.. saya sangat sebok kat sekolah... 
Sejak kene pegang jawatan baru, memang keje sangat banyak...
 stress betul.. 
Sepanjang bulan Feb apa2 persiapan pun saya tak buat...
 haishhhhhh sabo jelah... 
Nampaknya bulan nie saya kene qada' balik... hehe 

 Sekarang saya ngan F sedang gigih mencari tempat honeymoon.... 
kawen pun blom tapi itu yang kami sebokkan... hehe 
Buat persiapan malas plak.. 
Sekarang Airasia tengah buat promosi tiket flight+hotel... (Klik Sini
Ape lagi cepat gi serbu ramai ramai... 
kami decide nak pegi Sabah... Sabah banyak tempat menarik..
 tu jer yang mampu... xde la Paris bagai... hehe...


Pakej yang kami ambik tu 4D3N total lima ratus lebih jer
untuk 2 org... untuk tiket flight n hotel.. murah tak?
hotel plak banyak pilihan.. yang mahal ada yang murah pun ada.. ikut bajet masing masing..
kata orang tepuk dada tanya selera...




Mai tengok pic tempat menarik di Sabah...

sumber: empunya resort yg email gambar nie



sumber : loveabletravel




dan banyakkkkkkkkkkkkkkkk lagi... 
ada satu blog yang cerita pengalaman family beliau bercuti ke Sabah...
gi terjah sekarang... mesti teruja... (Klik Sini)
tak sabar nye nak jejakkan kaki..
Insyaallah...

TQ

Friday, 10 February 2012

E-NIKAH


Salam n hai...

Sihat-sihatkah semua???
Sekarang nie semua urusan dihujung jari
sampai urusan permohonan kahwin boleh dibuat secara online
kalau negeri perak boleh melayari nikahonline
boleh buat permohonan & semak status permohonan
tak perlu kejar mase nak pergi pejabat agama ambil borang dah



PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN SECARA ONLINE NEGERI PERAK

PERATURAN AM 
  • Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah. 
  • Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin minimum tiga (3) bulan di dalam negeri Perak atau beralamat Perak di dalam kad pengenalan.
  • Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :- 

TATACARA PERMOHONAN
  1. Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap. 
  2. Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi. 
  3. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan Penolong Pendaftar tempat anda bermastautin di dalam borang yang dicetak. 
  4. Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon kepada Pejabat Agama Daerah berkaitan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut
  • Satu salinan kad pengenalan atau passport pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika bukan warganegara Malaysia.
  •  Sijil Kursus Pra Perkahwinan dan satu salinan. 
  • Surat Akuan Status Diri daripada Majikan bagi yang ada majikan / Ketua Kampung dan Pegawai Masjid - kepada yang bekerja sendiri atau tidak bekerja 
  • Borang Ujian Saringan HIV. 
  • Surat Perakuan Perceraian asal dan satu salinan jika pemohon duda atau janda. 
  • Salinan kenyataan memeluk Islam jika pemohon memeluk Islam.
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM jika pemohon adalah anggota tentera/Polis. 
  • Borang wakalah wali jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah. 
  • Salinan Sijil Kematian jika pasangan atau wali (bapa) meninggal dunia. 
  • Surat pengesahan pemastautinan pemohon. 
  • Surat kelulusan berkahwin daripada kedutaan dan Jabatan Imigresen bagi pemohon bukan warganegara 
Semua salinan hendaklah disahkan.

nak tahu lebih lanjut klik sini
OK Sekian

Thursday, 2 February 2012

Jom buat sendiri...


Salam n hai..

Tadi g jalan jalan ngan encik google
jumpa idea untuk DIY
sungguh mudah
sungguh comel
sungguh jimat

jom tengok sama2
PHOTO JAR FRAME
bahan yang mudah
kalau org tangan keras cam saye boleh kot try buat... hehe


yang kaler kuning2 kat dalam jar tu olive oil
olive oil tu bagi efek yang cantik pada gambar
jenuh la nk beli minyak plak kan.. hehe


sumber camillestyles



simple jer kan
bleh buat sendiri
boleh guna untuk deko bilik
@ hias meja buku tetamu dll

selamat mencuba
TQ