Friday 10 February 2012

E-NIKAH


Salam n hai...

Sihat-sihatkah semua???
Sekarang nie semua urusan dihujung jari
sampai urusan permohonan kahwin boleh dibuat secara online
kalau negeri perak boleh melayari nikahonline
boleh buat permohonan & semak status permohonan
tak perlu kejar mase nak pergi pejabat agama ambil borang dah



PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN SECARA ONLINE NEGERI PERAK

PERATURAN AM 
  • Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah. 
  • Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin minimum tiga (3) bulan di dalam negeri Perak atau beralamat Perak di dalam kad pengenalan.
  • Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :- 

TATACARA PERMOHONAN
  1. Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap. 
  2. Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi. 
  3. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan Penolong Pendaftar tempat anda bermastautin di dalam borang yang dicetak. 
  4. Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon kepada Pejabat Agama Daerah berkaitan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut
  • Satu salinan kad pengenalan atau passport pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika bukan warganegara Malaysia.
  •  Sijil Kursus Pra Perkahwinan dan satu salinan. 
  • Surat Akuan Status Diri daripada Majikan bagi yang ada majikan / Ketua Kampung dan Pegawai Masjid - kepada yang bekerja sendiri atau tidak bekerja 
  • Borang Ujian Saringan HIV. 
  • Surat Perakuan Perceraian asal dan satu salinan jika pemohon duda atau janda. 
  • Salinan kenyataan memeluk Islam jika pemohon memeluk Islam.
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM jika pemohon adalah anggota tentera/Polis. 
  • Borang wakalah wali jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah. 
  • Salinan Sijil Kematian jika pasangan atau wali (bapa) meninggal dunia. 
  • Surat pengesahan pemastautinan pemohon. 
  • Surat kelulusan berkahwin daripada kedutaan dan Jabatan Imigresen bagi pemohon bukan warganegara 
Semua salinan hendaklah disahkan.

nak tahu lebih lanjut klik sini
OK Sekian

Thursday 2 February 2012

Jom buat sendiri...


Salam n hai..

Tadi g jalan jalan ngan encik google
jumpa idea untuk DIY
sungguh mudah
sungguh comel
sungguh jimat

jom tengok sama2
PHOTO JAR FRAME
bahan yang mudah
kalau org tangan keras cam saye boleh kot try buat... hehe


yang kaler kuning2 kat dalam jar tu olive oil
olive oil tu bagi efek yang cantik pada gambar
jenuh la nk beli minyak plak kan.. hehe


sumber camillestyles



simple jer kan
bleh buat sendiri
boleh guna untuk deko bilik
@ hias meja buku tetamu dll

selamat mencuba
TQ